#HSP 8 : Di-reject atau Me-reject

Assalamualaikum wbt and salam sejahtera..

 Sejak2 layan cerita Kingsman The Secret Service ni aku macam dah jatuh hati dekat actor dia ni. Aku tau aku dah ketinggalan zaman sebab cerita ni keluar tahun lepas.. Haihhh takpe yang penting dapat juga ktengok and tak rugi. hahahaha.jahanam.So  Taron David Egerton(nama sebenar) atau "eggsy unwin" dalam cerita tu. He's so cute aku tengok cerita tu lebih kurang more than 5 times. hahah gegeh sangat. Sebab ada dia je aku tengok banyak kali kalau tak jangan harap lah. hehehe. So aku pon buat research pasal dia ni. haha sanggup beb buat research. And here we are..his simple bio:-
Name: Taron David Egerton 
Age: 25 
D.O.B : 10 November 1989 
Origin : Birkenhead,United Kingdom 



Kisah diatas tiada kaitan dengan entry aku sebenarnya. hahah saja je bagi korang cuci mata sikit kasi segar before mengantok balik baca entry aku..hihihi.. Okay kenapa di-reject atau me-reject. Aku ialah seorang yang me-reject.. kenapa??  Sebab baru2 ni dan sebelum-2 ni ada laa someone ni yang aku kenal dia fall in love dengan aku!! okay sangat mengejutkan sebenarnya. Nasib baik aku takde sakit jantung hihihi over pulak. Ini adalah kerana jurang perbezaan umur kami yang agak jauh.. Ehh sebenarnya xde la jauh sangat but for me jauh la jugak tu 3 tahun beza. Tapi itu semua tak jadi masalah bagi dia yang aku pelik macam mana dia boleh fall in love with me?? sedangkan kami tak pernah bersua muka.So aku pon buat lah spekulasi dan jalankan observation serta buat conclusion... cehh da macam saintis buat eksperimen la pulak. hahahah k sambung..

Daripada apa yang aku dapat mungkin ni semua datang dari beberapa faktor maybe sikap aku yang memang manja, penyayang dan suara aku yang boleh buat orang melting. haha bukan angkat bakul sendiri ye.. orang yang cakap. hihihi. Aku still lagi terkejut sebab dia acting agak weird laa. i mean kami selalu jugak call sembang pasal itu ini, aku bagi advice dekat dia. acah-2 menjadi seorang kaunselor yang tak bertauliah. Aku tak suka nak me-reject orang sebenarnya. Aku kana rasa bersalah dekat orang yang di-reject. Bukan lah aku ni memilih or apa-2. Aku sedang cuba untuk meninggalkan dunia songsang ni. Aku text dia tye kenapa... so this is our conversation :-

Aku : Awatnya yang crack dari haritu lagi ? kenapa? tak nak cerita? 

K : Haahahahah.. Sebab ***(aku) laaa 

Aku : Hahaha main-2 pulak dia ni.. Kenapa? 

K : Sebab *** curang 
      Sebab *** ensem 
      Sebab *** cute 
      Sebab *** sado
      Sebab *** gedik 
      Sebab *** straight *SANGAT* 
      semua sebab *** 

Aku : Hahaha K apa ni ? haih.. serius la~ ~ Dia ni babap kang 

K : K serius ni 

Aku : Kenapa pulak dengan *** hmmmm 

K : Fall in love with you !! 

Me : But why ?? i have nothing laa 

K : Dont know why.. Something special at you but i d k how to describe.. 

Aku : Once you see me.. then the feeling will disappear. There is nothing special about me. 

K : no i dont think so. emmm 

Aku : Hmm i dont know what to say.. Let me think about it first ok?? 

K : No need laa.. i know what the answer is. but i still can be your little brother right ? 

Aku : hmm im sorry.. *** dah anggap K as adik. Yes sure you can be my lil bro. 

K : its okay.. K faham laa.. Sayang abg *** 


Aku dapat trace dari awal lagi sebenarnya yang dia dah fall in love dgn aku. tapi aku nak kepastian. So dia pon cakap direct yang dia suka aku. Tapi nasib baik laa dia faham. Masa tu aku tak boleh buat apa dah. Sebab dengan keadaan aku yang mencari nur, taufiq dan hidayah aku tak boleh terima dia dengan sewenang-wenangnya atas rasa belas kasihan. seriusly aku kesian dan aku rasa bersalah sangat. Aku rasa aku ni watak berprofil antagonis dan dia watak protagonis. Senang cerita aku ni jahat dan dia baik. hahaha. Aku me-reject dan dia di-reject.. Aku paham perasaan dia macam mana sebab aku pun pernah rasa di-reject tapi dengan perempuan lah. Dengan lelaki tak pernah di-reject.. maybe its sound like kerek siaaa dia ni.. hahaha but its true sebab aku jarang mengusya mengayat untuk cari boyfriend. Secara jujurnya aku mengatakan di sini di saat terdetik hati aku menyukai seorang lelaki.. Fikiran aku dengan pantas menyangkal perasaan itu dengan mengatakan yang aku tidak setanding/setaraf/sedarjat dsb dengan mereka. Dah mind setting macam tu nak buat macam mana. Tapi ada bagus nya jugak sebab takde lah nak heart broken disebab kan di-reject.

"Hidup ini sebenarnya mudah, hanya diri kita sendiri yang membuat kan hidup kita bercelaru" - unknown


Note: Sapa ada pengalaman di-reject atau me-reject boleh ahh kongsi kat sini. Hahah sebenarnya me-reject orang ni bukan perkara yang tidak baik akan tetapi untuk kebaikan diri kita serta orang di-reject itu sendiri. Takkan lah kita nak terima dia di sebabkan rasa belas kasihan, simpati dll.. At the end dua2 tak bahagia. heehehe.. Kalau ada yang buruk itu datang dari saya manakala yang baik itu datang dari Allah SWT. Wassalamualaikum wbt.. Ukhwah fillah..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

  1. setakat ni aku banyak me-reject instead of di-reject...eceh,bajet hot!hahahaha..

    Aku jenis yang nak settle-down,tapi most lelaki yang ajak dating jenis yang nak fun aje..so sebelum aku direject,baik aku yang reject diaorang dulu..hahaha. ada jugak yang nak couple,tapi ntah laa..hati aku tak terbuka lagi masa tu.

    Susah sebenarnya nak reject orang ni..kadang-kadang tu rasa perangai macam sial je,bajet hot..haha..reject orang sesuka hati..tapi aku sependapat dengan kau,kalau nak terima someone tu biar laa ikhlas dari hati..bukan atas sebab terpaksa atau kesian.

    kalau tak boleh jadi couple,jadi buddy pun aku tak kisah..tapi biasa laa,ego lelaki..siapa nak berkawan dengan orang yang dah reject kau?hehehe.

    Teruskan menulis...tak ramai blogger bi macam kau ni.spesis rare..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ke memang betol2 hot kamen ? hehe... Nak couple ni bukan boleh dengan sembarangan orang kan. haha silap2 merana nanti. Aku pon bukan pilih ikut cita rasa kalau nak couple. Hati yang memilih bila rasa selesa dengan org tu bila tengok depan2 sedap mata memandang dll.. hahaha ~ Tapi ikut hati pon kadang tak leh percaya jugak.. Better tak payah pilih mana2 heheh.

      Kita kena ikhlas jangan sebab terpaksa ke apa.. nanti boleh mendatangkan masalah dan seterusnya akan effect masa akan datang.. heheh. dan aku sangat setuju kalau x couple boleh je jadi buddy kan. tapi mana mungkin org yang dah di-reject tu nak kawan dengan kita. hahaha. dunia dunia. dusta belaka~~ ehh haha..

      Spesis rare ye ? hahah terima kasih banyak-2. Aku akan cuba meneruskan penulisan ni. heheh

      Delete
    2. Wuhuuu ..kamen nak kapel ek ...hihihi

      Hai HSP .. biasa la selera orang berbeza2. Rejek merejek nie dah jadi asam garam dalam kehidupan manusia. Tanya Kamen .. banyak kali dia rejek Nu'man ..steady jer aku ...hahahaha.

      Delete
    3. hai.. setuju dengan nu'man qatadah *bacaan berserta qalqolah sughra* hehehe.. mcm x percaya je .. hahahah

      Delete
  2. That is why jika Amir nak go thorough pada seseorang tu...Amir prefer go as friends first...

    Amir pernah kene reject gak...tapi so far utk mereject kurang coz...kebanyakkan yang Amir meet up...Amir jadikan mereka kawan...and many of them are ok with that...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah amir hehe. Satu perkara yang bagus untuk dicontohi. Tapi aku jenis kalau dah berkawan tu automatik aku akan 'friendzone' diorang sebab tak nak relationship as a friend tu berubah.

      Kena reject tu perkara normal lah kan. Mungkin kita tak menepati cita rasa seseorang itu dan mungkin diorang ada sebab tersendiri. Tapi kebanyakan yang aku reject *bukan acah-2 hot k.. hahah* diorang tak nak berkawan. Maybe bengang sebab kena reject sedih kecewa. Tapi itulah norma kehidupan as manusia songsang even manusia normal pon sentiasa dikecewakan. heheh.

      Delete
  3. Kesian doe K, meh sini kat abam Nov. Hehe.

    Pada aku, kalau nak mer-reject orang tu kena pandai bermain kata. Kena jaga juga hati dan maruah dia. Based on pengalaman lepas, aku banyak tolak cinta para gegadis. Semua aku tolak dengan alasan yg sama untuk fokus study. Tujuan aku hanya satu, aku tak nak diorang buang masa pada orang seperti aku yg tak mampu beri kebahagian yang dorang impikan. Belum masanya mungkin. Buat masa ini aku belum bersedia memanjakan sosok bernama wanita. Insha'allah, soon i will. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. Nov collins kalau ikutkan hati memang kesian dekat K and dia pon tahu aku nak berubah sebab tu aku tak terima.

      But aku respect dia even dia tau aku nak berubah dia berani kan diri jugak untuk bagitau aku. Takde la dia pendam sorang2 kang ada yang meroyan nnt. Yup aku mmg nak jaga hati dia walaupon aku tahu dia mesti sedih.. Plus dia still kecik lagi, Underage pulak tu *konon aku ni da abam2 sgt hahahah* Aku pulak hanya nak focus pada wanita sahaja sekarang ni :) InsyaALLAH one fine day nov collin pasti dapat memanjakan sosok bernama wanita :D

      Delete