#HSP 9 : Humanity Dan Mentaliti Manusia

Assalamualaikum wbt and salam sejahtera...

Aku nak ucap tahniah kepada student UiTM yang baru dapat result beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah berkat usaha korang dapat lah result seperti yang tertera di skrin laptop, handphone dsb lah. Macam2 ragam aku tengok sebelum result keluar ada yang takot nak tengok ada yang excited and ada yang watlek watcool je.. Hahaha bagi aku apa yang korang dapat tu adalah rezeki, berkat dari usaha dan tawakkal korang terhadap Allah SWT. Jangan putus asa bagi yang tidak mencapai target teruskan usaha anda yakin dengan diri sendiri serta kurangkan bermain. All the best!! and bagi yang dah grad tu tahniah jugak diucapkan kepada kalian. Semoga perjalan hidup anda semua diberkati insyaALLAH.. 


Okay topic kita pada hari ni ye anak-anak ialah ... *acah2 forum perdana kanak2* Terdetik di hati nak kongsi pendapat berkaitan isu ini. kerana time aku melilau di youtube mencari video2 pranks video2 lawak and so on pe semua tu la kan. Ada satu video ni berkaitan dengan PRAYING IN PUBLIC and WHAT IF THE HOMELESS GAVE YOU MONEY ? ? . Situasi ni bukan di negara kita Malaysia tetapi di luar. Aku respect diorang and how come they can came up with this cool idea. First of all aku bukan nak mengutuk dekat negara sendiri and aku bukan nak judging people for what they have done. Apa yang aku nampak ialah banyak perbezaan dari segi cara layanan, pemikiran mentaliti diorang berbeza lah. Aku tak cakap la semua orang tapi sebahagian dan sebagai contoh homeless people, peminta sedekah dll. Aku selalu la jugak lepak kedai mamak lepas tu ada la peminta sedekah ni datang apek tua ,baju compang camping, jalan terencot encot, pegang satu cawan plastik hulur dari meja ke meja. Aku dari jauh da nampak so aku standby la keluar kan duit RM+ apek tua tu sampai kat meja aku duduk, aku pon bagi lah. Then apa yang aku observe , memang tidak dinafikan la ada yang bagi and ada yang tak bagi tapi nisbah tidak bagi tu lebih byk. What is wrong with you people tak luak pon kau derma RM1 even 50 sen pon dia terima ckup la sekadar dia dapat alas perut and so on. Yang paling tak boleh blah ada sorang pakcik ni berkopiah dok dengan kawan dia sembang2, apek tua tu pergi la dekat meja dia hulur cawan plastik... korang tau apa pakcik tu buat ? dia ignore je. IGNORE !! woi pakcik apa salahnya sedekah seikhlas hati,, dia tak mintak banyak pon!! di mana letak rasa belas kasihan tu ? sesama manusia tak kira la dia bangsa apa pon tolong la setakat mampu dan seikhlas hati. Ada yang halau apek tua tu.. Come on broh this is 2015 laa.. Kesian sangat2.. apa salah dia? dia bukan jijik pon sampai macam tu sekali layanan korang dekat dia? Adakah dia jijik dimata kau ? hina sangat ke orang macam tu ? itu la mentaliti manusia yang memikirkan diri mereka sudah sempurna walhal di mata Maha Pencipta adakah kita sudah cukup suci bersih dan mulia ? Bayangkan suatu hari nnti kita pulak yang berada di situasi apek tua tu ? mampukah kita nak menghadapi hari2 seterusnya mcm tu ?

Ok maybe ada yang pernah terpikir kenapa dia tak cari kerja ? kenapa susahkan diri pergi minta duit sana sini. Kita tak tau kenapa dia tak kerja and tak pernah terdetik nak tanya kenapa dia tak kerja and apa semua tu. Maybe dia dah cuba mintak kerja kedai biasa2 pon tapi tak dapat. Ye lah dengan keadaan dia baju compang camping keadaan diri tak bersih tak terurus. Kalau ada yang nak bagi dia baju baru terpakai ke ok la jugak kan. Even kerja pasar pon mybe dia takkan dapat lebih lebih lagi dengan kudrat dia yg tk berapa nak kuat. Husnuzon brotha and sista. Doakan yang terbaik buat mereka.

Next cerita pasal homeless jugak.. Ada satu hari ni aku teman member aku pergi bank time tu lepas solat jumaat. Dipendekkan cerita, nampak sorang makcik ni duduk dekat kaki lima tepi bank tu. Aku pon terpikir la kenapa makcik ni duduk dekat sini. Keadaan makcik tua yang uzur jalan pon terketar ketar tengok dari rupa makcik ni umur lebih kurang nenek aku. Serious kesian tengok makcik ni. Persoalannya kenapa makcik ni duduk kat sini? mana anak2 dia? Dia kena buang dengan anak2 dia ke? pelbagai persoalan terlintas dalam fikiran. Then ada la dua tiga orang datang sedekahkan makcik ni bukan RM1 /RM5 tapi RM10 dan lebih lagi mungkin. Ada jugak yang belikan makanan. Ada pula yang hanya melihat nenek tua tu. Ada pula juga yang nampak tapi "buta" kan diri mereka. Apalah nasib orang-2 macam ni. Kenapa tidak ada rasa belas kasihan ? cuba tanamkan dalam minda rasa kasihan, rasa untuk tolong menolong, sematkan didalam mental kita tak kisah la walaupon dia nak tipu ke apa itu antara dia dengan Maha Pencipta. Jangan pandang hina terhadap diri orang2 seperti mereka. Husnuzon brotha and sista.

Ada lagi 2 story maybe aku akan cerita kan pada entry lain. Kalau tak faham apa2 yang aku katakan dalam entry ni boleh la bertanya. Ataupon korang rasa apa aku buat ni just like rubbish boleh la comment. Kalaupon korang nak bgi pendapat atau pandangan boleh la comment juga. Have a nice day y'all. Assalamualaikum wbt. Ukhwah Fillah. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. Secara jujurnya memang aku kesian dengan nasib homeless dan peminta sedekah kat negara kita. Tapi tak boleh jugak salahkan orang yang tak nak memberi. Dalam hal ni aku taknak judge sesiapa, sebab kalau kita selidik hal ni lebih dalam ia berpunca dari faktor ketirisan yang berlaku dalam negara kita. Aku percaya kalau faktor ketirisan itu dapat di kekang, theres absolutely no poor people in the country. Ketirisan apa? Aku rasa kau tahu kot, so tak perlu lah aku tulis. Hehe.

    Kadang tu orang berat hati nak bersedekah pun bukan sebab kedekut tapi sebab segelintir peminta sedekah yang cuba ambil kesempatan. Again, pemberi sedekah ada hak memberi mahupun sebaliknya. Husnuzon ni bagus kalau dipraktikkan, cuma terlalu husnuzon boleh menjerat kita. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa banyak faktor jugak sebenarnya, bukan sahaja ketirisan. Walaupon aku dah google apa itu ketirisan tapi aku still tak dpt memahami haha. Seusatu yang baru tu. :D

      Yup lebih lagi zaman sekarang ni memang ramai yang cuba ambil kesempatan keatas orang lain. Tapi bagi aku biar la dia nk tipu ke apa yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang manusia. Maybe sebab aku da terbiasa kot hahaha. Kalau dia tipu itu urusan dia dengan Tuhan. Tapi just tolong setakat yang mampu je. Pernah jugak ada orang dtg mintak duit sebab tak ckup duit nk beli tiket bas tapi aku tak bagi. Hahah rasa kesian pon ada tapi bukan homeless bukan peminta sedekah. Aku pon tak tau kenapa aku tak bagi. Duit ada je. Btw thanks for comment. Saya masih mentah lagi dalam dunia ni. heheh

      Delete
    2. Ketirisan tu bermaksud kebocoran. Dalam konteks aku pulak, berlaku kebocoran dan ketidakadilan dalam sistem yang digunakan sekarang. Let say, satu badan NGO diberi kepercayaan mengurus dana membantu golongan kurang bernasib baik. Dana tersebut akan melalui beberapa saluran sebelum sampai kepada orang yang berkenaan. Let say ada 10 saluran, 100k melalui saluran pertama dan seterusnya. Unfortunately bila sampai saluran ke sepuluh, dana tersebut hanya tinggal 10k sahaja. 90k tadi telah selamat diagihkan ke akaun pegawai setiap saluran. Benda ni related dgn corruption jugak. Pergh, rasa macam lecturer pulak. Hahaha.

      Tu maknanya kau kedekut. :P
      Aku pun kalau nak tolong orang setakat yang aku mampu. Biasanya buat soal selidik dulu nak pastikan kebenaran.

      Delete
    3. wah perkara baru ni haha. ilmu yang sangat berguna.. thanks jadi lecturer sekejap.. bertauliah ke tak ni ? hahaha

      Yeah maybe. sometime aku kedekut sgt haha tabung dekat masjid pon payah nak hulur :( ish ish ish..

      Delete
  2. Kesian tu memang laa kesian..tapi kadang-kadang aku skeptikal ke mana duit tu pergi? kalau dia buat makan sendiri/keluarga...kira ok lagi,tapi kalau salur ke tempat yang tak sepatutnya?kan dah rugi dekat situ..daripada aku menyumbang ke tempat yang tak pasti,baik aku simpan buat belanja sendiri.

    Tak luak pun sedekah seringgit..kalau 10 yang datang?kalau 100 yang datang?

    Apa pun kalau nak sedekah tu biar laa ikhlas,kalau tak nak bagi pun takpe..jangan sebab takut orang label kedekut,kita 'terpaksa' sedekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamen, aku kadang2 pon ada je rasa skeptikal terhadap orang2 mcm ni. Tapi mmber aku selalu cakap kalau tak nak bagi duit sebab takot dia salah gunakan duit tu, kita boleh guna alternatif lain sebagai contoh beli kan makanan atau pon minuman.

      Aku pernah dengar satu ayat ni "we wouldnt get poor by giving".. insyaAllah rezeki ada di mana2.

      Precisely, bersedekah biar ikhlas.. aku pon tak kisah apa orang nak label aku. lagi satu pernah dengar jugak this quote "Helping people in need might not change the whole world, but it will change the person's world".. And aku berpegang dengan ayat itu. hihi thank jugak sebab comment..

      Delete