Assalamualaikum wbt and salam sejahtera...
Pernah tak korang rasa down gila nak mati sampai rasa hidup kau lifeless and macam nak bunuh diri ?? Yes aku pernah and aku rasa setiap orang pernah rasa mcam ni,, First of all aku nak tau apa faktor yang buat korang rasa down gila-2 ?? For me, the reasons i feeling down as hell is because i have a little amount of "SELF-ESTEEM" ... Yang kedua sebab aku "PUTUS CINTA" of course sesiapa yang putus cinta akan rasa down gila b*** .. ~maaf tiada carutan dibenarkan~ Next, the reason why i feeling down is because of my "LIFELESS" life.. Last but not least is because i "ENVY" of people's life...
First thing first, low "self-esteem" sebab apa pon aku tak tau.. tapi rasa diri ni kerdil sekerdil kerdil manusia bila mana aku tengok orang lain semua hebat-2 belaka sampai aku rasa aku tak setanding dengan diorang.. For example.. Tengok orang handsome and cantik... Of course lah kita ni dah lah tak berapa nak handsome tengok pulak orang handsome *menggeletis, merecik semua ada kau.. tapi jangan haraplah muka kawah gunung berapi mcm ni* Kalau nak usha confirm-2 laaa tak dapat jauh panggang dari api.. Ehh betol ke peribahasa tu? k abaikan je spm aku pon BM tk dapat A hahaha orang melayu tapi BM tak dapat A.. what a shame~ Yang cantik-2 pulak lagi lah ibarat kan kau satu titik dalam bulatan besar. lepas tu kau yang titik kecik tu nak kejar sama besar dengan bulatan tu.. bayang kan betapa besar jurang dia.. k mesti tak faham. haha~ abaikan or buat-2 paham k.. Benda ni kita nampak macam simple je tapi benda ni lah yang buatkan aku takde confident level yang tinggi.. So bila di fikirkan balik tak perlu nak rasa down dengan perkara sebegitu.. kerana.. Allah SWT telah mencipta manusia dengan kecantikan dan kehandsome-an mereka tersendiri.. Masing-2 ada advantages and disadvantages.. Alhamdulillah kerana dapat jugak merasa hidup di dunia ni..
So inilah yang aku maksudkan tadi iabarat kau yang titik kecik tu dan bulatan besar tu orang yang handsome and cantik . |
Secondly, "putus cinta" dan seingat aku ini lah benda bodoh yang pernah aku buat sebab down gila-2 time tu. Sangat tak bersyukur kan aku.. Allah dah bagi rasa hidup kat dunia ni tapi pergi buat benda bodoh tu. Nak tau apa aku buat ? aku pergi telan segala ubat panadol pills bagai yang ada.. ada la dalam 6-7 biji pills aku telan masa tu.. *tak menahannya kebodohan aku tu sebab breakup dengan bf.. kononnya tak sanggup hidup tanpa dia.. puihhh!! dah la lelaki kauuu..time tu sekolah lagi form 5 nok. da pandai dah buat perkara bodoh* Lepas tu menyesal tak sudah nasib tak mampos je masa tu~ Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH sebab beri aku peluang lagi untuk hidup. Untuk tebus dosa lampau yang melampau... Sebab tu sekarang hati aku sado baiii takde nak hard-2 feeling segala bagai. saya kuad !! "Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan"
Yang ketiganya, "lifeless" yes aku rasa lifeless sebab aku pon tak tau kenapa tapi dalam hidup aku hanya ada beberapa makhluk sahaja yang aku ada sebagai kawan. Yeah aku tak ramai kawan. Padahal im not that nerdy and geeky but aku pon tak sure apa masalah aku dengan kawan-2 yang lain. Diorang macam tak ingat dekat aku. Mostly yang lelaki. Maybe aku tak cool macam diorang tak sekepala dengan diorang. Entah lah bab-2 kawan ni malas nak fikir sangat sebab aku dah ada the most valuable friend yang ada time aku susah and senang. Time sekolah rendah aku sekolah dekat taman A which is taman aku sendiri. After habes darjah 6 aku pindah sekolah dekat taman B which is taman sebelah. Aku sekolah dekat taman B sampai form 3 je lepastu mengada-ngada after pmr nak pindah sekolah lain which is aku masuk sekolah C. Zaman aku rasa paling hidup sekali masa sekolah dekat taman B. sebab kawan2 semua okay happening nakal sekepala dan most the time aku je yang kena bahan. tak macam haram J pulakkan. haha.. Masa tu memang tak jumpa dah budak-2 time sekolah rendah dulu yang ada pon sikit je. So maybe diorang mmg tak igt kat aku sebab time sekolah rendah aku mmg takde valuable memory pon. Aku buat benda yang memalukan diri lagi adalah macam shit je. haha konon masuk pertandingan sajak sempena kemerdekaan last-2 bila da naik atas pentas aku lupa semua benda yang aku dah hafal in front of the audiences aku teraba-raba poket cari kertas sajak tu. Most damned day of my life dan sangat memalukan kena gelak apa semua. but its ok nice try.. Terfakap jugak la hari tu kena bahan je dengan orang ~ zaman paling aku terasa lifeless is zaman sekolah C. Sekolah C ni sekolah asrama harian which is sekolah teknik. Aku tak stay asrama and hari2 aku berulang-alik pergi sekolah dan balik rumah sebab takde la jauh sangat nak pergi sekolah about 20 minutes.. sekolah dekat bandar tu. So aku still mampu untuk ulang-alik. hahah padahal x mampu nak tinggalkan rumah ~ So tujuan aku adalah pergi sekolah belajar dan balik rumah. Actually nak make friends tapi somehow aku rasa macam x serasi and tak sekepala pulak dengan orang2 sekolah tu. fortunately ada kawan dari sekolah aku yang lama sekolah B. So takde la rasa awkward and ada jugak few person yang aku kenal. So memang tak ramai kawan. Aku tertanya tanya kenapa aku jadi macam ni. maybe sebab aku ada naluri songsang ? tapi aku ada je kenal yang songsang macam aku ni tapi ok je dia kawan je dengan semua orang. haha jangan cakap aku sombong k. tak kenal aku memang tak tauu aku macam mana. ok panjang berjela pasal lifeless ni. move on to the next reason.
Last but not least, sebab aku "envy" dengan orang sekeliling. Aku rasa bila aku tengok orang kaya especially "anak orang kaya" aku rasa macam fakap jugak ahh hidup aku sebab tak reti nak berusaha untuk dapat kan apa yang aku nak. its not that aku manja. but maybe jugak la sebab siblings aku semua laki and aku anak last anak ke-3. tapi aku tak rasa tu punca. yes aku envy tengok diorang yang boleh pakai handphone mahal-2, dressup lawa-2, aku nak rasa semua tuh tapi ye lah nak harap kan family tak berapa nak mampu. keinginan aku melebihi kemampuan aku dan disebabkan kemalasan aku mungkin aku biarkan je perasan envy aku tu dan tak berusaha. Sebab sometimes aku fikir belum masanya lagi dan phanya perlu focus pada study yang dah nak habis pon diploma aku tinggal 2 sem lagi. k tak sabar sangat. Lepastu aku envy tengok orang handsome kulit putih flawless lagi kau. kau hado ? aku nak ubah semua tu ? maybe satu hari nanti dengan niat dapat menaikkan confident level aku. dengan keadaan sekarang ni aku tak mampu nak menaikkan confident level. dan aku sedar dan bersyukur atas pemberian tuhan. ini rezeki dan nikmat kita yang di beri oleh-NYA.. so kita kena redha dan terima qada' dan qadar.
P/S : sebenarnya banyak lagi luahan hati. tapi mungkin aku akan share di entry2 yang lain. Dan memandangkan aku baru lagi dalam blog2 ni aku rasa excited mcm hari-2 nak menaip je. Hantu apa yang rasuk aku pon aku tak tau. The joyness of typing a blog now aku rasa lega dan kurang beban. Aku harap sangat korang dapat komen2 blog aku yang tak seberapa ni sebab nk improve kan lagi diri yang kerdil ni.. Terima kasih lah sebab baca blog aku and harap tak bosan. Nanti ite bagi gula-gula eh. So aku minta diri dulu ye. Assalamualaikum wbt, ukhwah fillah.
0 comments:
Post a Comment