#HSP 11 : Tertekan/Stressed

Putting on the earphone~~~ I guess I have to endure this feeling while listening to Hitz FM with the maximum volume to relieve my stress. The pressure around me like pushing me and give me a tonne loads and isolate me till i cant breath. I need some space !!!! *Screaming*


"Buat lah, kau kena buat, be a man bro!" 

"Tunjuk yang kau dah usaha" 

"Jangan tunggu terlalu lama, nanti orang lain amik baru tahu" 





Okay you know what ? Im sick of it. All that kind off talking, couraging and so on !! *screaming* Just let me deal with it dude.. in my own way !! 


Sory tengah emosi sedikit. Remember my best friend A ?? aku ada cerita pasal dia dalam entry ni #HSP 4 It was all my fault to talk about F to my best friend. Since first semester i told everything about F to A. Aku mengadu dekat A yang F macam tu macam ni macam-macam ~ Tapi aku tak salahkan A pushing aku suruh confess dekat F. Cuma aku stressed out sebab banyak benda lain yang membenani aku macam tikus kena pijak dengan gajah. macam kau kena hempap dengan 10 orang manusia. *ok macam hiperbola sangat* and he kept pushing me !! i need some space broh. but what to do he is my best friend i dont wanna hurt him. Sebab dia beriya sangat dah nak tolong aku buat preparation untuk confess dekat F. Kira macam propose la but i would rather call it a confession. Aku terlalu takut untuk confess dekat F aku pon tak tahu sebab dia. Maybe sebab aku takut di reject and bila aku dah confess.. everything about me and her will be different. you know what i mean. That "afraid off" feeling at the end will kill me !! i know it will. I just dont wanna make the wrong moves 'cause that one moves could kill you either. So what to do ? Do i really need to follow my heart  and just go with the flow? or i listened to my best friend ? Ok cukup pasal ni.

Bukan tu je faktor penyumbang stress aku. Korang still ingat K ?? yang aku cerita dekat entry ni #HSP 8 ? Aku da start rasa something different between us. Maybe its not him.. Its me !! I dont know why but aku rasa macam aku menjauhi dari dia. Aku just nak sayang dia as friend tapi dia still ada feeling dengan aku yang membuat kan aku rasa tidak selesa. Aku tak tau la kenapa suka sangat nak call sebab to be honest la aku da tak de feeling nak calling2 sekarang ni. What im thinking right now is i need to hurt him in order for him to realize that im not good for him and we can still be friend like before. I mean by before is before i know that he love me. Maybe i just make things complicated. Like i said before life is simple and only us making our life more complicated. Guess the saying is truly true~


NOTE: Honestly I dont know what to think and what to do right now. Dengan event yang akan datang time naik semester baru nanti. Cuti tinggal 2 weeks and masa cuti ni jugak lah ada kerja nak kena buat. Nanti dah naik semester baru aku tak tahu sama ada boleh update blog ni atau tak. Tapi aku harap sangat2 dapat update blog ni. See ya on the next entry. Wassalamualaikum wbt.. Ukhwah fillah.

#HSP 10 : Accepted Atau Unaccepted

Why is it so hard to be accepted ? 

Why I cannot be myself ? 

Why i need to be hypocrite ? 



Di satu tahap aku rasa dimana mana sahaja aku pergi aku tidak diterima. Semua perkara yang aku lakukan tidak kena di mata kalian? Salahkah aku seorang insan tak sempurna menjadi diri sendiri ? Perlukah aku menjadi orang lain dimata kalian? Perlukah aku berlaku tidak jujur terhadap diri sendiri ? Perlukah aku act cool di hadapan kalian supaya kalian bisa menerima insan hina ini ? I know I'm out of your league. Not good-looking, don't have a well-shaped body, don't have cool style hair. Does it matter ? Were that the way you valued anyone who wanted to be your friend ? I won't judge because it's your right to choose any friends. Honestly, I don't want to feel regret in the future and I also don't want to waste my life for doing nothing amazing in my life. To be honest my school life is not that amazing like you guys. Great friend? yes ! valuable friend? not much. I tried to blend in with them, with the society and the result is a FATAL ERROR and CATASTROPHIC FAILURE !!!  Until now i guess i am nobody. Im not that cool guy who play sports like soccer, futsal and so on. Im not that dope guy who... nevermind you guys won't understand it. But at least i tried to be accepted by them. Unfortunately I'm UNACCEPTED !! Yeayyy give a big applause to me for the effort to not be accepted.

To be continued.......................



#HSP 9 : Humanity Dan Mentaliti Manusia

Assalamualaikum wbt and salam sejahtera...

Aku nak ucap tahniah kepada student UiTM yang baru dapat result beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah berkat usaha korang dapat lah result seperti yang tertera di skrin laptop, handphone dsb lah. Macam2 ragam aku tengok sebelum result keluar ada yang takot nak tengok ada yang excited and ada yang watlek watcool je.. Hahaha bagi aku apa yang korang dapat tu adalah rezeki, berkat dari usaha dan tawakkal korang terhadap Allah SWT. Jangan putus asa bagi yang tidak mencapai target teruskan usaha anda yakin dengan diri sendiri serta kurangkan bermain. All the best!! and bagi yang dah grad tu tahniah jugak diucapkan kepada kalian. Semoga perjalan hidup anda semua diberkati insyaALLAH.. 


Okay topic kita pada hari ni ye anak-anak ialah ... *acah2 forum perdana kanak2* Terdetik di hati nak kongsi pendapat berkaitan isu ini. kerana time aku melilau di youtube mencari video2 pranks video2 lawak and so on pe semua tu la kan. Ada satu video ni berkaitan dengan PRAYING IN PUBLIC and WHAT IF THE HOMELESS GAVE YOU MONEY ? ? . Situasi ni bukan di negara kita Malaysia tetapi di luar. Aku respect diorang and how come they can came up with this cool idea. First of all aku bukan nak mengutuk dekat negara sendiri and aku bukan nak judging people for what they have done. Apa yang aku nampak ialah banyak perbezaan dari segi cara layanan, pemikiran mentaliti diorang berbeza lah. Aku tak cakap la semua orang tapi sebahagian dan sebagai contoh homeless people, peminta sedekah dll. Aku selalu la jugak lepak kedai mamak lepas tu ada la peminta sedekah ni datang apek tua ,baju compang camping, jalan terencot encot, pegang satu cawan plastik hulur dari meja ke meja. Aku dari jauh da nampak so aku standby la keluar kan duit RM+ apek tua tu sampai kat meja aku duduk, aku pon bagi lah. Then apa yang aku observe , memang tidak dinafikan la ada yang bagi and ada yang tak bagi tapi nisbah tidak bagi tu lebih byk. What is wrong with you people tak luak pon kau derma RM1 even 50 sen pon dia terima ckup la sekadar dia dapat alas perut and so on. Yang paling tak boleh blah ada sorang pakcik ni berkopiah dok dengan kawan dia sembang2, apek tua tu pergi la dekat meja dia hulur cawan plastik... korang tau apa pakcik tu buat ? dia ignore je. IGNORE !! woi pakcik apa salahnya sedekah seikhlas hati,, dia tak mintak banyak pon!! di mana letak rasa belas kasihan tu ? sesama manusia tak kira la dia bangsa apa pon tolong la setakat mampu dan seikhlas hati. Ada yang halau apek tua tu.. Come on broh this is 2015 laa.. Kesian sangat2.. apa salah dia? dia bukan jijik pon sampai macam tu sekali layanan korang dekat dia? Adakah dia jijik dimata kau ? hina sangat ke orang macam tu ? itu la mentaliti manusia yang memikirkan diri mereka sudah sempurna walhal di mata Maha Pencipta adakah kita sudah cukup suci bersih dan mulia ? Bayangkan suatu hari nnti kita pulak yang berada di situasi apek tua tu ? mampukah kita nak menghadapi hari2 seterusnya mcm tu ?

Ok maybe ada yang pernah terpikir kenapa dia tak cari kerja ? kenapa susahkan diri pergi minta duit sana sini. Kita tak tau kenapa dia tak kerja and tak pernah terdetik nak tanya kenapa dia tak kerja and apa semua tu. Maybe dia dah cuba mintak kerja kedai biasa2 pon tapi tak dapat. Ye lah dengan keadaan dia baju compang camping keadaan diri tak bersih tak terurus. Kalau ada yang nak bagi dia baju baru terpakai ke ok la jugak kan. Even kerja pasar pon mybe dia takkan dapat lebih lebih lagi dengan kudrat dia yg tk berapa nak kuat. Husnuzon brotha and sista. Doakan yang terbaik buat mereka.

Next cerita pasal homeless jugak.. Ada satu hari ni aku teman member aku pergi bank time tu lepas solat jumaat. Dipendekkan cerita, nampak sorang makcik ni duduk dekat kaki lima tepi bank tu. Aku pon terpikir la kenapa makcik ni duduk dekat sini. Keadaan makcik tua yang uzur jalan pon terketar ketar tengok dari rupa makcik ni umur lebih kurang nenek aku. Serious kesian tengok makcik ni. Persoalannya kenapa makcik ni duduk kat sini? mana anak2 dia? Dia kena buang dengan anak2 dia ke? pelbagai persoalan terlintas dalam fikiran. Then ada la dua tiga orang datang sedekahkan makcik ni bukan RM1 /RM5 tapi RM10 dan lebih lagi mungkin. Ada jugak yang belikan makanan. Ada pula yang hanya melihat nenek tua tu. Ada pula juga yang nampak tapi "buta" kan diri mereka. Apalah nasib orang-2 macam ni. Kenapa tidak ada rasa belas kasihan ? cuba tanamkan dalam minda rasa kasihan, rasa untuk tolong menolong, sematkan didalam mental kita tak kisah la walaupon dia nak tipu ke apa itu antara dia dengan Maha Pencipta. Jangan pandang hina terhadap diri orang2 seperti mereka. Husnuzon brotha and sista.

Ada lagi 2 story maybe aku akan cerita kan pada entry lain. Kalau tak faham apa2 yang aku katakan dalam entry ni boleh la bertanya. Ataupon korang rasa apa aku buat ni just like rubbish boleh la comment. Kalaupon korang nak bgi pendapat atau pandangan boleh la comment juga. Have a nice day y'all. Assalamualaikum wbt. Ukhwah Fillah. 

#HSP 8 : Di-reject atau Me-reject

Assalamualaikum wbt and salam sejahtera..

 Sejak2 layan cerita Kingsman The Secret Service ni aku macam dah jatuh hati dekat actor dia ni. Aku tau aku dah ketinggalan zaman sebab cerita ni keluar tahun lepas.. Haihhh takpe yang penting dapat juga ktengok and tak rugi. hahahaha.jahanam.So  Taron David Egerton(nama sebenar) atau "eggsy unwin" dalam cerita tu. He's so cute aku tengok cerita tu lebih kurang more than 5 times. hahah gegeh sangat. Sebab ada dia je aku tengok banyak kali kalau tak jangan harap lah. hehehe. So aku pon buat research pasal dia ni. haha sanggup beb buat research. And here we are..his simple bio:-
Name: Taron David Egerton 
Age: 25 
D.O.B : 10 November 1989 
Origin : Birkenhead,United Kingdom 



Kisah diatas tiada kaitan dengan entry aku sebenarnya. hahah saja je bagi korang cuci mata sikit kasi segar before mengantok balik baca entry aku..hihihi.. Okay kenapa di-reject atau me-reject. Aku ialah seorang yang me-reject.. kenapa??  Sebab baru2 ni dan sebelum-2 ni ada laa someone ni yang aku kenal dia fall in love dengan aku!! okay sangat mengejutkan sebenarnya. Nasib baik aku takde sakit jantung hihihi over pulak. Ini adalah kerana jurang perbezaan umur kami yang agak jauh.. Ehh sebenarnya xde la jauh sangat but for me jauh la jugak tu 3 tahun beza. Tapi itu semua tak jadi masalah bagi dia yang aku pelik macam mana dia boleh fall in love with me?? sedangkan kami tak pernah bersua muka.So aku pon buat lah spekulasi dan jalankan observation serta buat conclusion... cehh da macam saintis buat eksperimen la pulak. hahahah k sambung..

Daripada apa yang aku dapat mungkin ni semua datang dari beberapa faktor maybe sikap aku yang memang manja, penyayang dan suara aku yang boleh buat orang melting. haha bukan angkat bakul sendiri ye.. orang yang cakap. hihihi. Aku still lagi terkejut sebab dia acting agak weird laa. i mean kami selalu jugak call sembang pasal itu ini, aku bagi advice dekat dia. acah-2 menjadi seorang kaunselor yang tak bertauliah. Aku tak suka nak me-reject orang sebenarnya. Aku kana rasa bersalah dekat orang yang di-reject. Bukan lah aku ni memilih or apa-2. Aku sedang cuba untuk meninggalkan dunia songsang ni. Aku text dia tye kenapa... so this is our conversation :-

Aku : Awatnya yang crack dari haritu lagi ? kenapa? tak nak cerita? 

K : Haahahahah.. Sebab ***(aku) laaa 

Aku : Hahaha main-2 pulak dia ni.. Kenapa? 

K : Sebab *** curang 
      Sebab *** ensem 
      Sebab *** cute 
      Sebab *** sado
      Sebab *** gedik 
      Sebab *** straight *SANGAT* 
      semua sebab *** 

Aku : Hahaha K apa ni ? haih.. serius la~ ~ Dia ni babap kang 

K : K serius ni 

Aku : Kenapa pulak dengan *** hmmmm 

K : Fall in love with you !! 

Me : But why ?? i have nothing laa 

K : Dont know why.. Something special at you but i d k how to describe.. 

Aku : Once you see me.. then the feeling will disappear. There is nothing special about me. 

K : no i dont think so. emmm 

Aku : Hmm i dont know what to say.. Let me think about it first ok?? 

K : No need laa.. i know what the answer is. but i still can be your little brother right ? 

Aku : hmm im sorry.. *** dah anggap K as adik. Yes sure you can be my lil bro. 

K : its okay.. K faham laa.. Sayang abg *** 


Aku dapat trace dari awal lagi sebenarnya yang dia dah fall in love dgn aku. tapi aku nak kepastian. So dia pon cakap direct yang dia suka aku. Tapi nasib baik laa dia faham. Masa tu aku tak boleh buat apa dah. Sebab dengan keadaan aku yang mencari nur, taufiq dan hidayah aku tak boleh terima dia dengan sewenang-wenangnya atas rasa belas kasihan. seriusly aku kesian dan aku rasa bersalah sangat. Aku rasa aku ni watak berprofil antagonis dan dia watak protagonis. Senang cerita aku ni jahat dan dia baik. hahaha. Aku me-reject dan dia di-reject.. Aku paham perasaan dia macam mana sebab aku pun pernah rasa di-reject tapi dengan perempuan lah. Dengan lelaki tak pernah di-reject.. maybe its sound like kerek siaaa dia ni.. hahaha but its true sebab aku jarang mengusya mengayat untuk cari boyfriend. Secara jujurnya aku mengatakan di sini di saat terdetik hati aku menyukai seorang lelaki.. Fikiran aku dengan pantas menyangkal perasaan itu dengan mengatakan yang aku tidak setanding/setaraf/sedarjat dsb dengan mereka. Dah mind setting macam tu nak buat macam mana. Tapi ada bagus nya jugak sebab takde lah nak heart broken disebab kan di-reject.

"Hidup ini sebenarnya mudah, hanya diri kita sendiri yang membuat kan hidup kita bercelaru" - unknown


Note: Sapa ada pengalaman di-reject atau me-reject boleh ahh kongsi kat sini. Hahah sebenarnya me-reject orang ni bukan perkara yang tidak baik akan tetapi untuk kebaikan diri kita serta orang di-reject itu sendiri. Takkan lah kita nak terima dia di sebabkan rasa belas kasihan, simpati dll.. At the end dua2 tak bahagia. heehehe.. Kalau ada yang buruk itu datang dari saya manakala yang baik itu datang dari Allah SWT. Wassalamualaikum wbt.. Ukhwah fillah..

#HSP 7 : Confused

Assalamualaikum wbt and salam sejahtera...



"Aku keliru


Menjadi buntu


Arah yang ingin ku tuju


Rasa resahku kian celaru


Dengan ilham ku tempuh

Aku cuma mahukan


Bayangan resah ku akan hilang


Tapi keadaan memaksa

Menghadapi semua"



Lirik lagu ni memang kena sangat dengan masalah aku. There are 2 girls F and A yang aku pon tak tau apa perasaan aku dekat diorang. Tapi obviously aku memang syok dekat F since sem 1 lagi plus she is my classmate.. well ramai yang cakap kalau berpasangan dengan classmate sendiri tak best lah and you will end up breaking up and all that stuff. Nonetheless, aku tak percaya semua tu sebab setiap perkara yang berlaku ada maksud tersirat and ada hikmah dia kan ? So aku pendam je perasaan aku sebab yeah well a part of me like guys and another part of me like girls. Tapi itu bukan point yang aku nak cakap. The point is, memang secara terang2 my whole course mate tau yang aku suka dia sebab aku tak boleh nak cover perasaan tu.. Classmate aku yang perempuan pon boleh nampak dari mata aku sendiri.. dia cakap 

She : "kau tak boleh tipu aku lah yang kau tak suka dia" 
Me : "mana kau tau ? " 
she : "ye lah aku kan perempuan aku tau la pandangan kau bila tengok dia.. obvious sangat yang kau suka dia.. Kau ingat aku tak perasan kau selalu pandang dia time kelas? haha" 
Me : "ok fine haha.. yes aku tak boleh nak cover kot"
She : "haha kan aku dah cakap. cover2 la sikit weyh" 
Me : "ok next time aku try.. haha" 

So bila aku pikir balik about her.. cara dia layan aku.. cara dia layan orang lain.. tak sama and sometimes her mood tak betol... what i mean by tak betol adalah kadang2 ok and kadang2 tak ok. i d k maybe PMS or anything or aku ada sakit kan hati dia ke.. but really!! kadang bila chatting dengan dia rasa seronok, and sometimes dapat rasa something macam.. ehh dia ni tak suka ke aku chat dengan dia apa semua.. tanya satu jawab satu  and then aku tak taula nak terus kan topic mcm mana.. but one thing yang aku pon tak tau kenapa buat aku nak.. macam mana eh nak cakap.. buat kan aku setia pada dia sorang even though kitorang kawan. senang cerita hati aku ada pada dia sorang je. Tapi ye lah kita ni manusia kan perasaan kita ni macam air laut ada pasang surut dia.. sometimes aku rasa macam ni = Aku suka F tapi dia suka orang lain = and pada satu tahap aku rasa nak move on and open my heart for others. tapi aku tak mampu sebab bila aku nak move on time tu lah dia mcm baik and aku rasa yang dia pon suka aku,,, aku takot bila aku dah move on nanti baru la aku tau yang dia pon ada hati kat aku.. and aku tak nak dia rasa menyesal. Orang maybe akan cakap aku bodoh la apa lah. but i dont care and im not like certain guys yang just nak memainkan perasaan perempuan. kejam. and im not like that. Kita takkan tahu perasaan seseorang itu dan apa yang dia alami sebab kita tak berada di tempat dia. Aku sanggup je berkorban perasaan aku hanya semata mata untuk menunggu dia. i know some people will said "it's not worth it" but itu lah diri aku. Bila aku sayang seseorang itu aku akan sayang sampai bila2. its up to you.. you want to believe it or just leave it. So sampai sekarang hati aku ada pada dia lagi. Dah 2 years.. 

Mesti korang tertanya-tanya apa masalah aku sekarang kan?? masalahnya setelah lama aku tunggu F muncul pulak A dalam hidup aku.. im totally a dead meat.. ye aku setia tapi aku juga manusia yang selalu melakukan kesilapan. Aku kenal A ni at first daripada instagram. bukan lah kenal tegur2 macam tu. just kenal dari muka je. So this one day aku turun padang utk main satu sport ni. tup tup tengok si A ni ada. at first kitorang tak bertegur pon sebab aku takut silap orang. See how sombongnya aku kan. sebenarnya bukan lah nak sombong. niat hanya nak menjaga hati aku sendiri sebab masa tu hati aku goyah aku tak kuat utk tunggu F lagi. Then lepas hari yg aku turun main sport tu si A pon tegur aku dekat instagram. we exchanged wechat id and whatsapp number. so dari situ lah tegur dia dan semakin lama semakin rapat. Im not sure apa perasaan aku dekat A sama ada 

1. sebab aku betol-2 suka dia 
2. sebab aku tak kuat masa tu 
3. sebab aku cemburu tengok orang lain ada pasangan
4. sebab aku eager nak couple
5. sebab nak show-off dekat member aku 
6. sebab tak nak orang anggap aku gay which is betol 

so memang aku betol2 bermasalah sekarang ni. Aku pernah keluar makan dengan A tapi tidak dengan F. around 2 -3 times aku makan dengan A tapi dengan F sekali pon tidak pernah. Tapi something triggered inside me dan menyatakan apa yang aku buat ni salah. aku curang? tak!! tapi aku always rasa x sedap hati bila makan dengan A. Kita kalau dah kecelaruan emosi semua benda kita buat sama ada benda tu betol or salah. Tapi aku pemikiran aku macam ni tau.. 

1. Tak salah aku nak suka dekat A sebab F pon x respond dengan baik dekat aku. 
2. Kalau aku bukak hati aku dekat A, then aku dapat tau F suka aku macam mana? 
3. Aku takot orang nampak aku ni jahat sebab main kan hati perempuan. 

Memang aku tak berniat nak mainkan hati perempuan tapi susah lah aku nak cakap. haha. later on aku akan buat lagi entry pasal ni. hahah. sekarang pon aku tengah kusut. Which one should i choose ? Tapi of course lah orang akan cakap kau ni student lagi so tak payah nak pikir semua tu. panjang lagi perjalanan kau. Aku tak menafikan perkara tu but macam yang aku cakap tadi lah kita takkan tau apa perasaan orang tu dan apa yang dia alami sebab kita tak berada di tempat dia. one of my lecturer pernah cakap "different person different taste" cukup untuk explain everything sama jugak dengan pepatah melayu "rambut sama hitam tapi hati lain2" eventhough pepatah tu cuba menerangkan supaya berhati hati dengan manusia sebab kita tak tahu apa isi hati mereka.. apa yang aku cuba sampaikan adalah setiap orang ada mentaliti yang berbeza pemikiran yang berbeza and aku tak salah kan orang tu semua nak judge aku ke apa. macam caption blog aku. tiada sempurnanya seseorang manusia itu kerana kesempurnaan milik Allah SWT. yes kita manusia yang sentiasa membuat kesilapan tapi tidak semestinya kita perlu ulangi kesilapan yang sama kan? berbalik juga pada agama kita sendiri jika tidak pasti untuk membuat sesuatu keputusan tu kita minta pertolongan Allah dengan berdoa kita juga boleh membuat solat sunat istikharah. Tapi aku sendiri belom merasakan yang ini adalah waktu yang sesuai untuk aku memikirkan semua hal ni. belum sampai masanya lagi even parents aku mengharap kan aku untuk habiskan study dulu atleast habis degree. Ya !! aku setuju aku perlu habiskan study cari kerja beli rumah dan kukuhkan kewangan dulu baru boleh fikir untuk kahwin and so on. 

so back to the story.. Another part of me yang bukan straight menjadi penghalang dan masalah kepada aku sendiri. Yes sometimes bila aku rasa down gila aku akan cari lelaki untuk melayan aku. opsss. bukan melayan dari segi seks and semua perkara 18sx bagai. Tidak sama sekali !! Bila aku rasa bosan dan emosi down sebab F dan A i will approaches lelaki dengan lebih kerap. what i mean is chatting and calling and borak2 semua tu. ye tak salah nak mesej lelaki. but for me dalam hati aku ada satu ruang yang buat aku rasa nak berubah tapi dalam otak aku pulak resist hati aku. What do you expect me to do hah ? Emosi tak stabil, kadang kala aku rasa aku patut stop layan lelaki and ada satu masa pulak aku eager nak manja2 dengan lelaki. what is wrong with me? i dont know. Ujian Allah kepada hambanya amat lah berat. Tetapi Allah juga tahu batas kemampuan hamba-hambaNya. Tapi aku tahu perasaan aku pada lelaki hanya lah sementara bila aku rasa bosan aku diam diri its like the not straight part of me disappeared. pofff !! just like that.. Orang pon kadang2 tak faham dengan aku. But for gays yang nak berubah mcm aku tahu dan sedar perkara itu adalah berat bagi diri mereka tapi kita kena mencuba dan jangan give up. Kalau korang tanya nisbah aku suka lelaki dengan perempuan, setiap kali jawapan aku akan berbeza kadang kadang 50-50 / 40-60 / 60-40 ... so sekarang ni aku perlukan advice from experts and experienced or inexperienced guy to help me overcome this problems. 



NOTE: cerita ni perkara benar berlaku pada diri aku sekarang. aku keliru menjadi buntu... tapi keadaan memaksa semua... something sparks in my head masa aku tengah lepak kedai mamak tadi suruh aku tulis dalam blog ni. untuk share and mintak pendapat. :') sampai sini je dulu maybe lepas ni aku akan sambung entry ni untuk bagitau perkembangan terkini. hahaha. wassalamualaikum wbt.. ukhwah fillah.. 

#HSP 6 : Antara Dua Cinta (1)

Assalamualaikum wbt.. 


Entry kali ni adalah my first writing. mungkin korang akan rasa bosan sebab aku bukan reti sangat bab2 penulisan ni. Dah lama fikir nak buat cuma takot nak amik risiko takot orang tak suka. Tapi aku hanya insan yang tidak sempurna. Tidak salah untuk mencuba daripada tidak mencuba langsung. 







“….Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau pon yang telah meninggal dunia….” Amin~ seusai solat maghrib Zack melipat sejadah kemas dan letak di rak. Dia keluar dari bilik menuju ke ruang ruang tamu.. dia amik remote tv tekan butang on dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia masih terkenangkan peristiwa yang berlaku dekat kedai makan masa lunch tadi.... Setelah lama kau menghilangkan diri since dekat universiti dulu.. kenapa kau muncul balik.. Di saat aku mencari keredhaan Ilahi kau membuat aku goyah. Ya Allah kau kuat kan lah aku untuk menempuhi dugaan mu ini.

*************************************1.30pm**************************************

“Ehh zack!! Lama x jumpa? How are you?” someone menegur zack dari tepi. Zack terpinga-pinga bila tengok lelaki tu tegur dia. He tried to remember who he is. Muka macam kenal tapi dia ingat2 lupa. “Hi?? Im fine thanks and you?? . Yup terlalu lama I think. It has been around 5-6 years I guess? Haris kan ?” Zack mula gabra sebab takut salah nama… and lupa nama orang adalah perkara yg memalukan especially bila orang tu kenal kau and kau  kenal dia Cuma lost contact beberapa tahun..  Lain lah kalau kau tak kenal dia tetiba dia muncul entah dari planet mana and dia tau nama kau. Kinda creepy stalker.. “im fine too, yup aku la ni haris takkan dah lupa kot” haris senyum and kenyit mata sikit.. Jantung zack berdegup laju je.. *ahh damnn kenapa aku rasa mcm ni.. Let bygone be bygone okay zack… kau kena sabar ini ujian Allah untuk kau..* zack ckp dalam hati. Yes he has the most gorgeous smile you have ever seen. Kulit putih but tak terlalu putih ada tanned sikit nampak macam dia mix lah.. tapi mmg dia mix blood pon. Mak dia Canadian and his father is Malaysian.  Siapa yang tak tergoda kan and dia famous jugak masa dekat U join mcm2 program and he’s the president of MPP dkat uni kitorang. Aku kenal dia pon sebab bilik kitorang sebelah-sebelah je and dia rajin datang lepak dengan aku since kitorang satu course.

“aku ingat-ingat lupa lah haris. Kau pon menghilang kan diri macam tu je apesal?" Zack terus tye sebab tak sabar nak tahu kenapa dia hilang macam tu je without tinggalkan apa2 berita at least kau bagi lah notes ke apa ke. Lagi2 zaman sekarang ni whatsapp kan ada. “Eh zack I gotta go lah. My client tengah tunggu ni. And btw bak no tepon kau? Incase nak ajak lepak ke?” zack malas nk byk tanya dia bagi business card dia dekat haris “nah business card aku.. Anything text me ok cao”…. How rude la kau kan zack tak de manners you should bagi salam bukan cakap cao.. Zack habiskan makanan dan minuman dia and then bayar terus blah.

*********************************************************************************

“woi zack.. kau termenung apa bro?? pelik la aku tgok kau hari ni..” daniel menyergah zack. Dia tengok dari tadi si zack ni termenung je takut jugak ntah kena sampuk jembalang mana dia yg susah nanti. “eh dani.. Sorry tak perasaan pulak bila masa kau keluar bilik. Takde termenung pape lah dani aku penat skit kot hari ni kerja byk sangat dekat office tu.” Zack tersentak dari lamunan dan cuba untuk selindung apa yang bermain di benak fikirannya. Ayat jwang k bai. “elehhh ye la tu takde pape… whatever lah zack.. jom makan lapar” sambil usap perut dia yang tak berapa nak 6packs sgt tu and buat buat muka budak2 nak mintak gula-gula. Hahaha. “kau ingat kau comel buat macam tu? Hahahah dah jom aku pon lapar ni” Zack n Dani masing2 berdekah kat situ. “kau pakai macam tu je ke ?? penat je aku pakai smart2” dani pandang zack atas bawah sambal membebel itula ini lah. “ ye la aku pakai macam ni je bukan nak pergi mana2 pon nak makan je kan.” Jawab zack simple. Ye lah pakai kain pelikat dgn tshirt pagoda nak pergi makan ? kau mampu ? haha. Zack ni orangnya simple tak suka nak dressup sangat. Tapi pakai simple pon kacak bhaii. “pergila tukar please ? macam ni ke nak date dengan aku? Hahah” shit la Dani kau ni straight ke macam mana ? haha “haha date dengan kau? Tak hingin la aku. Hahahaha. Ye la ye la kau tggu dekat bawah aku siap kejap.” Zack mengalah dengan dani. Dia bangun masuk bilik tukar pakaian.. baju tshirt round neck, seluar jeans pakai jam tangan amik wallet dan turun ke bawah.
Zack tinggal di sebuah apartment sewa yang tak berapa nak mewah. Kalau nak bagi rangking 3 star kot. Dekat dengan bandar JB and also his office. Memang tak jaoh pon around 20 minit je . Dia pon tak mampu sangat sebab baru je kerja dalam setahun lepas habis degree masa tu. So kewangan dia belom stabil lagi plus dia baru angkat kereta Honda civic 1.7 . k aku bedal pasal kereta sebab aku tak tau sangat pon hahah. Mampu kau kerja baru setahun dah angkat kereta Honda. That’s why dia cari housemate boleh la jugak bantu2 dia ringan kan beban. Daniel tu sebenarnya cousin dia jugak dia agak uncomfortable bila nak duduk dengan stranger takot lah kalau tetibe stranger tu plan nak apa2 kan kau, culik kau ke apa ke. Mana tau tetibe stranger tu gay tegar yang sangap nak mati sanggup rogol kau sebab nak puas kan nafsu dia. Hahah bij please. Who know right?

Sampai dekat restoran bubur taman sentosa. Zack order 2 mangkuk and dani hanya satu mangkuk je. Air fresh orange dan apple juice. Restoran tu agak terkenal dengan bubur dia mmg best lah. aku dengar dari mulut orang je tak pernah pergi pon heheh. Lepastu telepon zack vibrate. Kelihatan no tidak dikenali menghantar mesej. *sapa pulak lah yang mesej aku time nak makan ni.. haihhh kacau* zack membebel dalam hati. Dia unlock telepon and bukak mesej tadi.
“hi remember me ? haris” – Tuesday ,8.10PM..

Jantung zack berdegup kencang lagi dup dap dup dap dup dap… and yang peliknya kenapa dia nak feel macam tu ? Its only haris so there is no need to feel like this…. Perlu ke nak reply? kalau tak reply nanti kata sombong pulak. Tapiiii haihh.. a lots of thought playing on his mind right now. Tak lama lepas tu air dan makanan pon sampai. Zack letak tepi dulu telepon dia and terus bedal bubur tu macam orang kebulur tak makan seminggu… “woahh woahh woahh brader. Cukup tak rilek kau makan.” Dani tegur zack sebab dah macam beast dah dia tengok.. zack just pandang and then sambung makan balik.. dani dok tergelak dah tengok cousin dia sorang ni. Dia pon sambung makan dengan sopannya ala-ala gadis ayu gituu. Puihhh. Hahaha 



BERSAMBUNG..... 


NOTE: sorry kalau rasa tak best i wont write it anymore. kalau best bagi feedback okay :* boleh comment2 mana yang buruk boleh diperbaiki. terima kasih. 

#HSP 5 : Down Down Down

Assalamualaikum wbt and salam sejahtera... 





Pernah tak korang rasa down gila nak mati sampai rasa hidup kau lifeless and macam nak bunuh diri ?? Yes aku pernah and aku rasa setiap orang pernah rasa mcam ni,, First of all aku nak tau apa faktor yang buat korang rasa down gila-2 ?? For me, the reasons i feeling down as hell is because i have a little amount of "SELF-ESTEEM" ... Yang kedua sebab aku "PUTUS CINTA" of course sesiapa yang putus cinta akan rasa down gila b*** .. ~maaf tiada carutan dibenarkan~ Next, the reason why i feeling down is because of my "LIFELESS" life.. Last but not least is because i "ENVY" of people's life... 

First thing first, low "self-esteem" sebab apa pon aku tak tau.. tapi rasa diri ni kerdil sekerdil kerdil manusia bila mana aku tengok orang lain semua hebat-2 belaka sampai aku rasa aku tak setanding dengan diorang.. For example.. Tengok orang handsome and cantik... Of course lah kita ni dah lah tak berapa nak handsome tengok pulak orang handsome *menggeletis, merecik semua ada kau.. tapi jangan haraplah muka kawah gunung berapi mcm ni* Kalau nak usha confirm-2 laaa tak dapat jauh panggang dari api.. Ehh betol ke peribahasa tu? k abaikan je spm aku pon BM tk dapat A hahaha orang melayu tapi  BM tak dapat A.. what a shame~ Yang cantik-2 pulak lagi lah ibarat kan kau satu titik dalam bulatan besar. lepas tu kau yang titik kecik tu nak kejar sama besar dengan bulatan tu.. bayang kan betapa besar jurang dia.. k mesti tak faham. haha~ abaikan or buat-2 paham k.. Benda ni kita nampak macam simple je tapi benda ni lah yang buatkan aku takde confident level yang tinggi.. So bila di fikirkan balik tak perlu nak rasa down dengan perkara sebegitu.. kerana.. Allah SWT telah mencipta manusia dengan kecantikan dan kehandsome-an mereka tersendiri.. Masing-2 ada advantages and disadvantages.. Alhamdulillah kerana dapat jugak merasa hidup di dunia ni..  

So inilah yang aku maksudkan tadi iabarat kau yang titik kecik tu dan bulatan besar tu  orang yang handsome and cantik . 
Secondly, "putus cinta" dan seingat aku ini lah benda bodoh yang pernah aku buat sebab down gila-2 time tu. Sangat tak bersyukur kan aku.. Allah dah bagi rasa hidup kat dunia ni tapi pergi buat benda bodoh tu. Nak tau apa aku buat ? aku pergi telan segala ubat panadol pills bagai yang ada.. ada la dalam 6-7 biji pills aku telan masa tu.. *tak menahannya kebodohan aku tu sebab breakup dengan bf.. kononnya tak sanggup hidup tanpa dia.. puihhh!! dah la lelaki kauuu..time tu sekolah lagi form 5 nok. da pandai dah buat perkara bodoh* Lepas tu menyesal tak sudah nasib tak mampos je masa tu~ Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH sebab beri aku peluang lagi untuk hidup. Untuk tebus dosa lampau yang melampau... Sebab tu sekarang hati aku sado baiii takde nak hard-2 feeling segala bagai. saya kuad !! "Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan"  


Yang ketiganya, "lifeless" yes aku rasa lifeless sebab aku pon tak tau kenapa tapi dalam hidup aku hanya ada beberapa makhluk sahaja yang aku ada sebagai kawan. Yeah aku tak ramai kawan. Padahal im not that nerdy and geeky but aku pon tak sure apa masalah aku dengan kawan-2 yang lain. Diorang macam tak ingat dekat aku. Mostly yang lelaki. Maybe aku tak cool macam diorang tak sekepala dengan diorang. Entah lah bab-2 kawan ni malas nak fikir sangat sebab aku dah ada the most valuable friend yang ada time aku susah and senang. Time sekolah rendah aku sekolah dekat taman A which is taman aku sendiri. After habes darjah 6 aku pindah sekolah dekat taman B which is taman sebelah. Aku sekolah dekat taman B sampai form 3 je lepastu mengada-ngada after pmr nak pindah sekolah lain which is aku masuk sekolah C. Zaman aku rasa paling hidup sekali masa sekolah dekat taman B. sebab kawan2 semua okay happening nakal sekepala dan most the time aku je yang kena bahan. tak macam haram J pulakkan. haha.. Masa tu memang tak jumpa dah budak-2 time sekolah rendah dulu yang ada pon sikit je. So maybe diorang mmg tak igt kat aku sebab time sekolah rendah aku mmg takde valuable memory pon. Aku buat benda yang memalukan diri lagi adalah macam shit je. haha konon masuk pertandingan sajak sempena kemerdekaan last-2 bila da naik atas pentas aku lupa semua benda yang aku dah hafal in front of the audiences aku teraba-raba poket cari kertas sajak tu. Most damned day of my life dan sangat memalukan kena gelak apa semua. but its ok nice try.. Terfakap jugak la hari tu kena bahan je dengan orang ~ zaman paling aku terasa lifeless is zaman sekolah C. Sekolah C ni sekolah asrama harian which is sekolah teknik. Aku tak stay asrama and hari2 aku berulang-alik pergi sekolah dan balik rumah sebab takde la jauh sangat nak pergi sekolah about 20 minutes.. sekolah dekat bandar tu. So aku still mampu untuk ulang-alik. hahah padahal x mampu nak tinggalkan rumah ~ So tujuan aku adalah pergi sekolah belajar dan balik rumah. Actually nak make friends tapi somehow aku rasa macam x serasi and tak sekepala pulak dengan orang2 sekolah tu. fortunately ada kawan dari sekolah aku yang lama sekolah B. So takde la rasa awkward and ada jugak few person yang aku kenal. So memang tak ramai kawan. Aku tertanya tanya kenapa aku jadi macam ni. maybe sebab aku ada naluri songsang ? tapi aku ada je kenal yang songsang macam aku ni tapi ok je dia kawan je dengan semua orang. haha jangan cakap aku sombong k. tak kenal aku memang tak tauu aku macam mana. ok panjang berjela pasal lifeless ni. move on to the next reason. 

Last but not least, sebab aku "envy" dengan orang sekeliling. Aku rasa bila aku tengok orang kaya especially "anak orang kaya" aku rasa macam fakap jugak ahh hidup aku sebab tak reti nak berusaha untuk dapat kan apa yang aku nak. its not that aku manja. but maybe jugak la sebab siblings aku semua laki and aku anak last anak ke-3. tapi aku tak rasa tu punca. yes aku envy tengok diorang yang boleh pakai handphone mahal-2, dressup lawa-2, aku nak rasa semua tuh tapi ye lah nak harap kan family tak berapa nak mampu. keinginan aku melebihi kemampuan aku dan disebabkan kemalasan aku mungkin aku biarkan je perasan envy aku tu dan tak berusaha. Sebab sometimes aku fikir belum masanya lagi dan phanya perlu focus pada study yang dah nak habis pon diploma aku tinggal 2 sem lagi. k tak sabar sangat. Lepastu aku envy tengok orang handsome kulit putih flawless lagi kau. kau hado ? aku nak ubah semua tu ? maybe satu hari nanti dengan niat dapat menaikkan confident level aku. dengan keadaan sekarang ni aku tak mampu nak menaikkan confident level. dan aku sedar dan bersyukur atas pemberian tuhan. ini rezeki dan nikmat kita yang di beri oleh-NYA.. so kita kena redha dan terima qada' dan qadar. 




P/S : sebenarnya banyak lagi luahan hati. tapi mungkin aku akan share di entry2 yang lain.  Dan memandangkan aku baru lagi dalam blog2 ni aku rasa excited mcm hari-2 nak menaip je. Hantu apa yang rasuk aku pon aku tak tau. The joyness of typing a blog now aku rasa lega dan kurang beban. Aku harap sangat korang dapat komen2 blog aku yang tak seberapa ni sebab nk improve kan lagi diri yang kerdil ni.. Terima kasih lah sebab baca blog aku and harap tak bosan. Nanti ite bagi gula-gula eh.  So aku minta diri dulu ye. Assalamualaikum wbt, ukhwah fillah. 


#HSP 4 : Perubahan

Assalamualaikum wbt..

How was your day guys ? feel better ? ok hari ni aku nak cakap pasal perubahan.. pernah tak korang terfikir for example satu hari ni tetibe kawan korang berubah.. and macam mana cara korang nak mengatasi masalah ini? before ni dia ok je.. and after satu kejadian yang buruk menimpa diri dia sampai dia tak boleh nak control jiwa emosi segala bagai. dia berubah...How?? aku? pernah laa *as far as i remember.. ada*  Tapi tak lah seteruk macam yang disangkakan. So aku letak nama dia A (bukan nama sebenar). Just because he has a GIRLFRIEND *ok marah part ni* His girl memang aku tak suka sebab ada la certain things..* tak boleh nak cakap nanti orang kata aku bukak aib orang* Aku advice and warning dia banyak kali beware dengan perempuan ni. A pon tau awek dia  tu jenis yang macam mana. The part yang paling tak menahan perempuan ni nampak lurus je,, sangat naif. But who are we to judge people right ? 

So aku supportlah si A ni couple dengan perempuan tu.. For years dia orang couple agak lama jugak lah and perempuan tu kira A punya first love. sebelum ni dekat sekolah A tak pernah couple. *mcm tak percaya je kan ? but its truth* ~~~~~~~ Flashback sekejap.  A ni tak pernah couple pon sepanjang aku mengenali dia dari sekolah rendah lagi..time dekat sekolah aku agak nakal jugak lah masa form 1 pandai dah cari awek dekat sekolah. Aku ingat lagi even though tahun 2007 masa tu, aku buat surat kot bagi dekat crush aku tu. haha *this part agak kelakar jugak lah* aku tulis surat tapi tak lah macam surat formal bagai tu. cuma notes kecik je mintak no phone... Time tu handphone dah ada but yeah aku mempraktikkan cara klasik. haha old skool baiii.. A ni tak pernah couple pon sepanjang aku mengenali dia dari sekolah rendah lagi.. haha but aku tak sure budak2 sekarang still hantar surat or notes segala bagai semua tu lagi or tak.. how i miss my childhood. now da tua bangka umur 20 tahun tak sedar diri lagi kan... hahah k merepek~~~~~~~ 

Berbalik pada cerita tadi, nak di pendekkan cerita A break up dengan GF dia.. 2 tahun lebih jugak dia orang couple. Aku kesian dekat A ni sebab dia cakap ngan aku nak kekal dengan GF dia sampai kahwin nanti. At the end, awek dia buat perangai buat hal macam2.. bithcessss detected !! haha.. sangat lah tak guna.. Kesian kawan akuu tu.. haih,, Lepastu, perangai A terus berubah, i mean since dia couple dgn GF tu aku nampak la perubahan dia sikit2.. x terlalu ketara org cakap.. Perubahan ke arah melakukan perkara2 negatif *aku tak nak sebut la dia berubah mcm mana.. sbb teruk jugak lah* So I was like... mana pergi A yang dulu, aku jadi mcam takut nk kawan dengan dia... and dia pernah cakap dia  jadi macam ni sebab GF dia.. and now dia dah ok sikit sebab dia beli ipad air 2 yang mana aku yang syorkan kepada dia supaya dia dapat lupakan perkara2 terjadi termasuk GF dia. So its working and now dia focusing on main game segala bagai dalam ipad tu. 

Konklusi yang aku boleh buat dekat sini adalah, apabila kita dah sayangkan seseorang tu sangat2 tak kira lah apa kesalahan yang dia buat sekalipon kita tak mampu nak meninggalkan mereka. Tetapi akan ada satu masa di mana kita mencapai had tertinggi.. kita akan sedar bahawa semua ini hanya dusta belaka. 




P/S: nak taip panjang2 tapi tak larat dan kesuntukan masa ~ thanks for reading cerita yang tak best. i really appreciate you guys... 




Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home